Skip to content

SMKA Tok Jiring, K. Terengganu

  • narrow screen resolution
  • wide screen resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
Sejarah Sekolah PDF Cetak E-mail
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dibuka pada tahun 1953 dalam bentuk pengajian pondok dengan jumlah pelajarnya 180 orang. Berbekalkan semangat 180 pelajar yang ingin mendalami ilmu agama untuk kejayaan dunia dan akhirat,Tuan Haji Abbas bin Mohammad telah membuka sekolah ini pada tahun 1953 dengan mengunakan sistem pengajian pondok.


Ilmu yang dicurahkan sedikit atau banyak diberikan dengan hati terbuka oleh para guru tanpa di bayar gaji atau elaun dalam bentuk kewangan.Sebaliknya ,berkat sifat dermawan masyarakat setempat mampu meningkatkan sumber kewangan sekolah ini.

Hanya pada tahun 1961, Kerajaan Negeri Terengganu mula menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban terutamanya kepada guru. Pada tahun 1965, sekolah ini telah diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu dan sistem pengajian pondok yang menjadi asas sistem pendidikan sekola ini telah ditukar kepada sistem sekolah agama dan arab yang ditadbir sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Seterusnya bermula pada 1 Januari 1977, sekolah ini telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan jumlah pelajarnya seramai 576 orang pelajar dan 15 orang guru.

Pada tahun 1982, sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah menengah gred A. Dalam sejarahnya selama 53 tahun, sekolah ini telah berkembang maju menjadi sebuah institusi yang terkemuka di Negeri Terengganu khasnya dan setanding dengan sekolah-sekolah yang terkemuka di Malaysia. Kini, pelajarnya berjumlah 1350 orang manakala bilangan guru berjumlah 85 orang serta diterajui seramai 11 orang pengetua.

 

Maklumat Terkini

Selamat menjawab soalan bagi calon-calon SPM 2009.

----------

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa penggal persekolahan bagi sesi 2010 bermula pada 3 Januari 2010 bagi sekolah-sekolah kumpulan A & 4 Januari 2010 bagi sekolah-sekolah kumpulan B.

----------

Pihak SMKA Tok Jiring akan memaklumkan sebarang pengumuman dan pemberitahuan mengenai sesi kemasukan 2010 melalui laman rasmi ini.

----------

Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SMKATJ. Semoga sentiasa bahagia bersama keluarga disamping sentiasa menjaga keselamatan diri.

 

Pautan


Advertisement

Advertisement

Advertisement

Advertisement

Advertisement

Advertisement

Advertisement


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK JIRING
21060 Kuala Terengganu,
TERENGGANU, MALAYSIA.
Tel : 609 - 667 0130     Fax : 609 - 667 0131

DASAR PRIVASI |    PENAFIAN |    PENTADBIR

Hak Cipta Terpelihara © 2006 - 2009 - SMKA TOK JIRING, KUALA TERENGGANU

.